Aktiviti Puzzle Online Sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia

24 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos yang lalu, telah berlangsung aktiviti Puzzle Online sempena Kemerdekaan dan Hari Malaysia bersama Komuniti PPR Taman Beringin yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Taman Beringin. Komuniti yang terlibat kebanyakannya adalah pelajar sekolah yang ingin mengisi masa lapang di Pusat Internet. Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih pelajar menggunakan minda dengan pantas untuk menggabungkan gambar secara dalam talian yang berkaitan dengan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Selain itu, pelajar didedahkan secara langsung berkenaan dengan sejarah Kemerdekaan dan sejarah Hari Malaysia. Para pelajar menjayakan aktiviti ini dengan bersaing sesama sendiri untuk memastikan mereka adalah orang yang terpantas menggabungkan gambar yang dipilih. Aktiviti ini berlangsung selama 2 jam dari pukul 3:00 petang hingga 5:00 petang dengan hadiah yang menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali